Saturday, 24 July 2010

Memori Di Negeri Bawah Bayu





singgah sebentar di gerai durian


Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi negeri di bawah bayu. Masa tu ada persidangan di Kota Kinabalu dalam bulan Ogos 2003. Sebelum pulang ke semenanjung, kami mengambil peluang ke Timpohon di Kundasang.Untuk ke sana, kami menyewa sebuah kereta proton saga Aeroback. Kami memulakan perjalanan tepat jam 9.00 pagi. Kami bertolak dari Shangrila Rasa Ria Resort melalui bandar Tuaran. Laluan selepas itu agak berbukit-bukau. Maka tak hairanlah kenderaan pacuan empat roda amat popular di sana. Kami hanya singgah di beberpa tempat iaitu untuk makan durian dan membeli barang-barang cenderamata.Antara laluan kami adalah Kpg Togop, Kelawat,Pekan Nabalu, Kpg Kiau, Bundu Tuhan, Kpg Dumpiring Atas,Pinausok dan Kundasang. Kami berhenti sekejap untuk mengisi minyak sebanyak RM10 je di stesen minyak di Kundasang.Nak isi banyak kan takut nanti masa balik terlebih minyak pula nanti rugi.Selepas beberapa jam perjalanan kami pun tiba ke destinasi yang dituju. Masa tu cuaca agak sejuk mungkin disebabkan kami berada pada kedudukan yang tinggi dari aras laut.Di Timpohon, kami hanya singgah dalam setengah jam sahaja.Waktu pun sudah menunjukkan lebih kurang jam 1.30 tengah hari apabila kami mengambil keputusan untuk pulang.Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar untuk makan tengahari di Restoran Kasih Sayang, di bandar Tuaran.Selepas makan kami meneruskan perjalanan untuk balik ke tempat penginapan kami.Entah kenapa dalam perjalanan pulang kami boleh tersesat jalan. Dari meter dashboard kami dapati minyak hampir kehabisan. Kami juga tidak menjumpai walau sebuah stesen pam minyak. Masa tu kami agak gelabah juga.Setelah hampir setengah jam mencari jalan pulang akhirnya kami temui juga. Nasib baik kereta tu tak mati enjin di tengah-tengah jalan. Lain kali kalau nak sewa kereta kena pastikan minyak diisi dengan secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

No comments:

Post a Comment